Kolej Kemahiran Johor

Loading

Notis Privasi

(Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, Akta 709)

Tujuan Notis Privasi

Notis Privasi ini menerangkan bagaimana Maklumat Peribadi anda dikumpulkan, digunakan, dan diproses oleh Kolej Kemahiran Johor (selepas dari ini disebut KKJ), sejajar dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709, selepas dari ini disebut PDPA) serta lain-lain undang-undang dan peraturan perlindungan data yang berkuatkuasa.

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) telah dikuatkuasakan pada 15 November 2013, oleh itu KKJ adalah dengan ini terikat untuk memberi notis dan memerlukan persetujuan berhubung pengumpulan, perekodan, penggunaan, penyampaian dan penyimpanan maklumat peribadi.

Notis ini boleh diubah dari semasa ke semasa untuk melindungi data peribadi.

Apa itu Data Peribadi

Data peribadi merujuk kepada apa-apa maklumat yang secara langsung atau tidak langsung yang boleh mengenal pasti seseorang termasuk data peribadi sensitif dan penyataan pendapat. Antara lain termasuk :-

  1. Nama;
  2. Kad Pengenalan;
  3. Tarikh Lahir;
  4. Tempat Lahir;
  5. Alamat;
  6. Keputusan Peperiksaan;
  7. Sejarah Pendidikan;
  8. Sejarah Pekerjaan;
  9. Sejarah Perubatan;
  10. Jenis Darah;
  11. Bangsa;
  12. Agama;
  13. Gambar;

Kaedah pengumpulan Data

Kami mengumpul maklumat dengan cara berikut :-

  1. Maklumat yang anda berikan melalui interaksi dan/atau transaksi dengan kami melalui pelbagai medium, bentuk, kaedah atau termasuk pelbagai cara tetapi tidak terhad kepada borang permohonan sahaja;
  2. Maklumat yang kami perolehi melalui penggunaan laman web kami oleh anda;
    dan maklumat ini termasuklah data peribadi.

Jika anda memilih untuk berinteraksi dan/atau berurusan dengan kami sama ada melalui laman web atau dalam mana-mana medium, bentuk, kaedah atau cara lain untuk pendaftaran dan/atau sebarang langganan produk dan perkhidmatan KKJ, anda mungkin atau akan diminta memberikan data peribadi anda.

Sumber Bagi Data Peribadi

Dalam memberikan perkhidmatan yang berkaitan, KKJ boleh mendapatkan data peribadi daripada pelbagai sumber, antaranya seperti:

i. Diri Anda;

Dari permohonan yang dikemukakan kepada kami. Dengan mengemukakan apa-apa permohonan kepada kami, anda adalah dengan ini dianggap telah memperoleh kebenaran untuk pengisytiharan maklumat di dalam permohonan anda.

ii. Pihak Ketiga;

iii. Rakan kerjasama KKJ dalam program promosi, pertandingan atau tinjauan atau penyelidikan atau program sukan dan rekreasi dan lain-lain;

iv. Penyertaan anda dengan entiti lain;

v. Penjaga, wakil sah atau penjamin anda;

vi. Kemungkinan terdapat rujukan ke atas data peribadi anda bagi permohonan pinjaman atau rujukan kredit;

vii. Institusi pendidikan atau majikan terdahulu;

viii. Laman Sesawang;

Penggunaan Data Peribadi

Dalam memenuhi tanggungjawab kami ke atas anda, data peribadi anda boleh digunakan bagi tujuan-tujuan yang tidak terhad kepada:-

i. Untuk penilaian mana-mana permohonan kemasukan ke KKJ;

ii. Untuk memproses apa-apa faedah dan perkhidmatan;

iii. Untuk tujuan komunikasi;

iv. Untuk pengiklanan dan berita;

v. Untuk tujuan pentadbiran am dan rekod;

vi. Untuk meningkatkan mutu pendidikan, latihan dan latihan berterusan;

vii. Untuk tujuan pendidikan, latihan dan tujuan yang berkaitan dengan KKJ;

viii. Untuk memberi sebarang maklum balas, menjawab aduan dan pertanyaan;

ix. Untuk tujuan tadbir urus korporat;

x. Untuk dipertimbangkan sebagai penjamin bagi kakitangan/ pelajar KKJ yang memohon pinjaman pelajaran / biasiswa;

Penyimpanan Data Peribadi

KKJ adalah di bawah obligasi undang-undang untuk menjamin dan melindungi maklumat peribadi termasuk tetapi tidak terhad kepada data peribadi sebelum dan selepas PDPA dan ia adalah dasar sedia ada dan dasar berterusan kami untuk berbuat demikian.

Untuk memberikan perkhidmatan yang efektif secara berterusan, penyampaian maklumat tertentu perlu dilaksanakan.

Maklumat peribadi anda mungkin dipindahkan dan/atau disampaikan kepada pihak ketiga dan/atau rakan kerjasama KKJ termasuk tetapi tidak terhad kepada ejen luar yang dilantik bagi tujuan memenuhi tanggungjawab kami kepada anda berkenaan dengan tujuan-tujuan di atas dan tujuan-tujuan lain yang berkaitan dengan tujuan di atas dan termasuk menyediakan perkhidmatan bersepadu, mengekalkan dan menyimpan rekod.

Dalam menjaga kebajikan dan menyediakan perkhidmatan, adalah sangat penting untuk menghantar atau berkongsi maklumat peribadi kepada pihak ketiga, termasuk tetapi tidak terhad kepada:-

i. Syarikat insurans untuk memproses tuntutan insurans;

ii. Institusi kewangan bagi pembayaran ganjaran kewangan seperti biasiswa, pinjaman, elaun dan gaji;

iii. Mana-mana syarikat atau rakan kerjasama KKJ untuk sebarang tawaran pinjaman/biasiswa atau penganugerahan, dan untuk sebarang aktiviti berasaskan pembelajaran;

iv. Pihak-pihak ketiga yang diberi kuasa;

v. Penjaga anda atau wakil sah atau penjamin;

vi. Agensi penarafan kredit untuk rujukan kredit bagi permohonan pinjaman;

vii. Penguatkuasaan agensi kawal selia dan agensi kerajaan atau mana-mana perintah mahkamah untuk memenuhi kewajipan kepada pihak berkuasa;

viii. Data anda boleh dikongsi apabila diperlukan oleh undang-undang dan apabila penyampaian adalah perlu bagi mematuhi undang-undang berkaitan;

Pengekalan Data Peribadi

Apa-apa maklumat peribadi akan disimpan oleh KKJ bagi tujuan-tujuan di atas dan seperti yang dikehendaki oleh undang-undang dan akan dibinasakan dan/atau dihapuskan mengikut polisi KKJ apabila maklumat tersebut tidak lagi diperlukan.

Dasar Privasi Kami Yang Tegas

KKJ adalah komited dan menjadi keutamaan kami dalam memastikan kerahsiaan, perlindungan, keselamatan dan ketepatan maklumat peribadi anda yang telah diberikan kepada kami dan ia telah menjadi dasar berterusan kami yang tegas untuk memastikan bahawa maklumat peribadi anda adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan dikemaskini.

KKJ juga akan memastikan bahawa data peribadi anda tidak akan digunakan untuk tujuan politik dan komersial. Tertakluk kepada undang-undang yang berkaitan, data peribadi sensitif hanya boleh disampaikan apabila mendapat persetujuan dari anda.

Akses Kepada Data Peribadi

Anda boleh mengakses dan mengemaskini data peribadi anda dengan menulis kepada kami di pdpakkj@kpypj.edu.my. Sekiranya diperlukan, kami mungkin meminta maklumat tambahan atau pengesahan.

Persetujuan Adalah Penting

Dengan menghantar atau memberikan data peribadi anda kepada KKJ, anda telah mengizinkan dan bersetuju untuk data peribadi anda digunakan selaras dengan terma dan syarat-syarat dalam Notis Privasi ini dan polisi kami yang berkaitan.

Penarikan Balik Persetujuan

Anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa dengan menulis kepada kami di pdpakkj@kpypj.edu.my. Sekiranya perlu, kami mungkin memerlukan maklumat atau pengesahan lanjut.

Jika anda tidak bersetuju atau kemudiannya menarik balik persetujuan anda kepada pemprosesan dan penyampaian data peribadi anda, KKJ tidak akan dapat memenuhi tanggungjawab KKJ atau menghubungi anda atau membantu anda berkaitan dengan tujuan-tujuan di atas dan/atau tujuan lain yang berkaitan dengan tujuan-tujuan di atas.

Cara Menghubungi Kolej Kemahiran Johor

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Notis Privasi ini, aduan, mencapai Maklumat Peribadi, pembetulan atau mengemaskini Maklumat Peribadi anda, sila hubungi KKJ melalui maklumat berikut:

Pegawai Data Peribadi

Bahagian Pemasaran Dan Kemasukan

Kolej Kemahiran Johor

Jalan Ahad, Kg. Ungku Mohsin,
8035 an Ahad, Kg. Ungku Mohsin,

80350, Johor Bahru,

Johor
No telefon : 07 – 235 8035
No. faks : 07 – 236 9042
Emel: di pdpakkj@kpypj.edu.my

Laman sesawang: kkj.kpypj.edu.my

Kemas kini terakhir pada 25 MAC 2022